|
Wawasan 2020 boleh dicapai - Tun Mahathir |
|
|
|
|
Ditulis oleh BERNAMA
|
|
Rabu, 01 Julai 2009 10:07 |
|
KUALA LUMPUR 30 Jun - Malaysia masih boleh mencapai Wawasan 2020 sekiranya ia berubah daripada sebuah negara berorientasikan eksport kos rendah kepada ekonomi kos tinggi yang berasaskan kepada aktiviti ekonomi domestik, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dr. Mahathir yang pada 1991, mengilhamkan Wawasan 2020 bagi Malaysia untuk mencapai status sebuah ekonomi maju dan matang menjelang 2020 berkata, dengan memulakan "pemikiran yang di luar kebiasaan" ini, kapasiti kuasa beli rakyat juga akan meningkat seperti di kebanyakan negara Eropah yang mempunyai kos ekonomi tinggi namun merupakan sebuah negara maju. Mantan Perdana Menteri itu berkata, Malaysia sejak sekian lama bergantung kepada pertumbuhan berorientasikan eksport di mana ia mengeluarkan barangan murah untuk dijual di pasaran dunia. "Sudah sampai masanya untuk membangunkan negara kita daripada aktiviti perniagaan dalaman. Kita boleh melakukannya sekiranya kerajaan dan sektor swasta bekerjasama membangunkan sebuah ekonomi baharu yang berasaskan kepada pertumbuhan domestik dan kurang bergantung kepada eksport. "Oleh itu ada harapan untuk mencapai wawasan 2020 sekiranya kita semua berganding bahu," katanya dalam ucaptama beliau bertajuk Vision 2020, Is It A Mission Possible? 1Malaysia, Is It The Driving Force, di sini, hari ini. Pada majlis itu, Dr. Mahathir juga melancarkan Siri Syarahan Tun Dr. Mahathir-The BrandLaureate Asia Pacific Brands Foundation (APBF). |
|
Baca Lagi...
|
|
|
Pemimpin koperasi perlu tambah ahli - Noh Omar |
|
|
|
|
Ditulis oleh Utusan Online
|
|
Rabu, 01 Julai 2009 10:03 |
|
KUALA LUMPUR 30 Jun - Setiap pemimpin koperasi disaran turun padang bagi menggalakkan ahli-ahlinya terlibat dalam bidang perniagaan dan sekali gus dapat mempelbagaikan punca pendapatan.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar berkata, aktiviti seperti 'Hari Bersama Pelanggan' perlu dianjurkan dengan lebih kerap kerana masih terdapat ahli-ahli dan orang ramai yang tidak pasti apa makna koperasi sebenarnya. "Pemimpin koperasi perlu menggerakkan lebih ramai ahli khususnya dalam bidang perniagaan selain menjelaskan kepada masyarakat di luar sana maksud dan kelebihan yang mampu diperoleh jika menjadi ahli koperasi. "Jika aktiviti ini dijalankan, saya yakin hasrat kerajaan menyasarkan sumbangan koperasi sebanyak 5 hingga 10 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2012 akan berhasil," katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Kakitangan Kementerian Pertanian Malaysia Berhad (Kotani) Ke-22 di sini hari ini. Menurut Noh, para pemimpin koperasi juga perlu mencari idea-idea baru dan mengubah strategi dari semasa ke semasa untuk meningkatkan lagi hasil pendapatan mereka. |
|
Baca Lagi...
|
|
Cabaran besar merencana negara ke arah model ekonomi baru |
|
|
|
|
Ditulis oleh Berita Harian
|
|
Rabu, 01 Julai 2009 09:48 |
|
Konsep 1Malaysia bertujuan supaya rakyat Malaysia bekerja sebagai satu pasukan mencapai negara maju menjelang 2020
TERLEBIH dulu, saya ingin mengucap terima kasih kepada pihak penganjur Invest Malaysia 2009, kerana menjemput saya menyampaikan ucaptama pada Sidang Invest Malaysia ke-5. Saya gembira melihat begitu ramai pelabur yang hadir dan mengalu-alukan kehadiran kepada tetamu antarabangsa kita.
Invest Malaysia sudah menjadi forum tahunan paling penting bagi kita bertemu dengan pelbagai pelabur antarabangsa dan mempersembahkan apa yang kita lakukan. Ia juga menyediakan peluang untuk syarikat pelaburan swasta tempatan berurusan dengan komuniti pelaburan.
Pada pendapat saya, 'road show' yang membawa pelabur ke negara kita akan membolehkan pelabur menyaksikan sendiri apa yang kita ada dan menilai secara peribadi iklim pelaburan di Malaysia, mengkaji cara untuk saling melengkapi dan mempromosi usaha bersama di pasaran antarabangsa. Seperti yang anda ketahui, acara ini selalunya diadakan pada Mac, seiring dengan perlumbaan Grand Prix Malaysia. Bagaimanapun, menyedari akan berlaku perubahan pada pucuk pimpinan negara, penganjur sengaja melewatkan program ini selama dua bulan bagi membolehkan saya berucap sebagai Perdana Menteri.
Bagi saya, ini adalah majlis penting yang akan membolehkan saya berkongsi pendapat bersama anda semua dan memberi aspirasi kepada Malaysia dan pasaran modalnya. Bagi yang menjadi peminat Formula Satu di kalangan anda, saya memberi jaminan saya sendiri akan meminta penganjur mengadakan sidang ini mengikut jadual asal pada tahun depan. |
|
LAST_UPDATED2 |
|
Baca Lagi...
|
|
|
RM3 bilion dana rangsangan ekonomi diagih |
|
|
|
|
Ditulis oleh Berita Harian
|
|
Rabu, 01 Julai 2009 09:53 |
|
KERAJAAN sudah membayar sebanyak RM3 bilion daripada projek bernilai RM9 yang dilaksanakan di bawah pakej rangsangan ekonomi pertama dan kedua setakat 19 Jun lalu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Pembayaran itu disegerakan sejajar dengan pelaksanaan projek yang sudah diperuntukkan.
"Saya yakin ia menjadi suntikan perbelanjaan dalam ekonomi domestik dan memberi kesan gandaan yang akan membantu menampan kesan kemelesetan global, di samping menyediakan peluang pemulihan ekonomi pada separuh tahun kedua tahun ini," katanya pada Persidangan Invest Malaysia 2009 di Kuala Lumpur, semalam. Jumlah itu meningkat lebih 100 peratus berbanding RM4.2 bilion seperti yang dilaporkan pada 12 Jun lalu.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan komited untuk memberi tindak balas pantas bagi menjana ekonomi tempatan menerusi perbelanjaan pembangunan bagi mengurangkan kesan kemelesetan ekonomi global.
"Seperti yang telah kita ketahui dan rasai, kegawatan ekonomi global sudah menampakkan kesannya ke atas ekonomi benar, syarikat, peluang pekerjaan, rakyat dan keluarga di seluruh dunia dan negara juga tidak terkecuali," katanya. |
|
Baca Lagi...
|
|
Dana ekuiti swasta bantu Bumiputera |
|
|
|
|
Ditulis oleh Berita Harian
|
|
Rabu, 01 Julai 2009 09:35 |
|
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan akan mewujudkan Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) sebagai dana ekuiti swasta untuk memastikan pembabitan berkesan Bumiputera dalam sektor ekonomi berpotensi tinggi.
Perdana Menteri berkata, Ekuinas dibiaya menggunakan dana permulaan RM500 juta yang akan ditingkatkan kepada RM10 bilion mengikut keperluan dengan hanya mensasarkan pelaburan dalam syarikat Bumiputera yang berpotensi untuk maju.
“Ini bukan bermakna kita meminggirkan kaum lain, sebaliknya kerajaan mahu mewujudkan keseimbangan sosial antara semua kaum dengan memastikan Bumiputera mencapai sasaran penguasaan ekuiti 30 peratus ditetapkan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB). “DEB tidak mencapai matlamat kerana penguasaan ekuiti Bumiputera sekarang sekitar 19.4 peratus. Mereka kini patut menguasai peruntukan RM54 bilion, tetapi pada hakikatnya kini hanya RM2 bilion masih kekal pada tangan Bumiputera.
“Malah, garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) mewajibkan 30 peratus pemilikan Bumiputera dalam setiap syarikat sebelum mendapatkan penyenaraian, yang diperkenalkan 19 tahun lalu juga gagal mengubah ekuiti Bumiputera,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Invest Malaysia 2009, di sini semalam. |
|
Baca Lagi...
|
|
|
|
|
|
|
Muka 1 daripada 44 |