TheRIGHTS

The RIGHTS - Perniagaan dibina bersama...

first
  
last
 
 
start
stop
The RIGHTS

The RIGHTS - Perniagaan dibina bersama...

Pertemuan The RIGHTS dengan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan mengenai BzR1M

E-mail Cetak PDF

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN 17 Mei - The RIGHTS semalam (16 Mei 2012) telah berjumpa dengan YAB Dato' Seri Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan untuk mengetahui status permohonan pembangunan Bazar Rakyat 1Malaysia (BzR1M) di Seremban 2 yang kini telah tertangguh sejak Dis 2011.

The RIGHTS telah diketuai oleh YBhg En. Haris Fadzlah Mat Ali dan disertai oleh YBhg Puan Sharizah Abdul Karim dan Cik Haspa Lela Mohd Nor.

YAB Menteri Besar akan melihat kembali status permohonan tersebut dari PKNNS dan beliau sangat prihatin di atas kelewatan tersebut yang dijangka dan sepatutnya telah bermula sejak Mac 2012.

YAB Menteri Besar juga telah menyokong The RIGHTS untuk membangunkan Bazar Rakyat 1Malaysia (BzR1M) di seluruh negara seperti yang dirancang.

The RIGHTS mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesempatan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan menerima The RIGHTS sebagai tetamu dan di atas sokongan tersebut.

Share/Save/Bookmark
Terakhir Dikemaskini ( Khamis, 17 Mei 2012 00:48 )
 

Produk-Produk Usahawan untuk dijual dan diedar

E-mail Cetak PDF

The RIGHTS sedang mengumpul produk-produk usahawan dari seluruh negara untuk diedarkan oleh usahawan pengedar yang akan dilantik dari seluruh negara.

Kepada usahawan-usahawan yang mempunyai produk boleh menyenaraikan produk mereka di laman web ini dengan tujual untuk mencari pengedar dan pemborong.

Dimasa yang sama juga The RIGHTS mempelawa individu, usahawan pemborong dan pengedar dari seluruh negara yang ingin menjadi pemborong dan pengedar produk-produk yang disenaraikan ini boleh menghubungi melalui email : Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya atau boleh melelaui telefon seperti d bawah:

  • Haris Fadzlah Mat Ali - 013 203 3030
  • Sharizah Abdul Karim - 012 3384 267

Antara produk yang disenaraikan adalah seperti berikut:

  • Minuman
  • Makanan
Share/Save/Bookmark
Terakhir Dikemaskini ( Jumaat, 18 Mei 2012 22:14 )
 

RM400j bantu 40,000 peniaga

E-mail Cetak PDF

KUALA LUMPUR 7 Mei - Tekun Nasional mahu mengagihkan sejumlah RM400 juta pinjaman kepada 40,000 orang usahawan pada tahun ini.

Ia menyaksikan peningkatan daripada RM311.74 juta yang diluluskan kepada 34,510 orang usahawan pada tahun lalu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahim Hassan berkata, bagi suku pertama tahun ini, Tekun telah meluluskan RM159.35 juta pinjaman bagi 12,886 orang usahawan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Seminar Integriti dan Tadbir Urus yang bertemakan Integriti, Kecekapan dan Keutamaan Pelanggan.

 

30 peratus ekuiti bumiputera

E-mail Cetak PDF
Oleh NURUL HUDA HASSAN
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya

JOHOR BAHRU 8 Mei - Pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera yang disasarkan menjelang 2020 mampu dicapai dengan tiga faktor utama termasuk eksport ke China dan India walaupun keadaan ekonomi global tidak menentu pada masa ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, pasaran eksport yang kian berkembang di kedua-dua negara itu diperkukuhkan dengan dasar dan program transformasi ekonomi dilaksanakan kerajaan yang turut mampu memberi kelebihan dan menyumbang ke arah pencapaian itu.

Ini termasuk meletakkan kaum bumiputera dan negara ini mencapai status negara maju.

Menurutnya, pertumbuhan golongan pertengahan di China dan India masih berkembang baik, sekali gus membolehkan permintaan produk negara terus meningkat selain menjadikan Malaysia antara destinasi pelancongan terpilih.

"Sebagai contoh, ada orang pernah membuat perkiraan sekiranya setiap rakyat China menggunakan satu sudu penuh minyak kelapa sawit sehari, Malaysia tidak perlu buat apa kerana negara boleh kaya.

 

APA KATA MEREKA : DARI MEJA PRESIDEN 53 : Jangan Cuba Mengubah Manusia Yang Tidak Mahu Berubah

E-mail Cetak PDF

pihak kerajaan sememangnya menyediakan pelbagai kemudahan pinjaman perniagaan kepada IKS..,tapi bukan mudah nak dapatkannya...dengar macam senang...tapi isi borang & hantar proses baru tahu boleh lulus atau simpan borang buat jeruk meja...Dalam hal ni...nak salahkan sape??kalu diikutkan prosedur pinjaman 100% lengkap tapi tak boleh proses...

Tak payah nak kata orang lain....saya sendiri dah terkena helah lapuk ni...Macam nak minta sedekah nak dapatkan pinjaman dana kerajaan, tapi akhirnya sampai sekarang tiada jawapan yang pasti...itu borang yang lengkap dihantar...lain pulak karenahnya dengan pegawai kerajaan yang enggan membantu peniaga IKS..,macam2 alasan yg diberikan...

Rahfe Putera Kinrara
Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya

Share/Save/Bookmark
 
Halaman 1 dari 105

Bazar Rakyat 1Malaysia - BzR1M


PENGENALAN

NEGERI SEMBILAN

LOT & SENARAI PEMOHON

Laman Web D.I.Y.


Kad Keahlian

Astro AWANI



Get the Flash Player to see this player.

time2online Extensions: Simple Video Flash Player Module

Penjenamaan Produk

   TM 
 

Komuniti Wanita

Universiti ke Industri

SEKRETARIAT

Ahli Kepada

MAKMAL BORONG & RUNCIT

AHLI JK IATn

 BADAN AFILIASI


 AHLI PERKASA

 

Khidmat @ RIGHTS

 

Login Portal The Rights



Konsortium

Acara Terkini

No events

Perniagaan Kami

Program 365 Usahawan

Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini365
mod_vvisit_counterSemalam1520
mod_vvisit_counterMinggu Ini365
mod_vvisit_counterMinggu Lepas11260
mod_vvisit_counterBulan Ini29748
mod_vvisit_counterBulan Lepas13575
mod_vvisit_counterSemua2078284

We have: 17 guests, 3 bots online
Your IP: 38.107.179.223
Today: Mei 20, 2012

RIGHTS @ Facebook