The RIGHTS - Perniagaan dibina bersama...
|
Ditulis oleh Utusan Online
|
|
Sabtu, 15 November 2008 14:46 |
|
FAKTA tidak boleh menipu. Itu yang selalu diperkatakan orang. Oleh itu apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S. K. Devamany mengatakan kaum Melayu merupakan kumpulan terbesar dalam senarai penduduk negara ini yang berpendapatan di bawah RM1,000 sebulan, maka ia merupakan realiti yang perlu diterima semula. Ketika pelbagai pihak dari kalangan bukan Melayu lantang mempersoalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana kononnya ia berat sebelah, orang Melayu tetap berada paling belakang dalam apa juga bidang. Bayangkan daripada 495,500 isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM1,000, Cina hanya 50,900. Kaum India yang didakwa oleh sesetengah pihak sebagai ditindas dan dianaktirikan di negara ini pula hanya 29,000. Selebihnya yang berada dalam kategori miskin dan daif ialah oleh Melayu dan penduduk bumiputera lain. Itupun masih ada pihak mempertikaikan kononya kaum lain didiskriminasikan oleh dasar-dasar kerajaan yang terlalu pro-Melayu dan bumiputera. |
|
Baca lagi...
|
|
|
Ditulis oleh Utusan Online
|
|
Khamis, 13 November 2008 01:53 |
|
IARPUN Pilihan Raya Umum Ke-12 sudah berlalu, namun ada luka yang terpalit dengan rasa ngilu yang bakal kekal lama. Paling terluka apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menjadi kekuatan kepada integriti dan maruah orang Melayu, dihenyak dengan tohmahan dan tuduhan tidak berasas seperti dipenuhi dengan najis rasuah dan diragut oleh tangan-tangan kronisme. Persoalannya apakah perlaksanaan DEB di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini dengan sengaja mencicirkan bantuan kepada kaum selain Melayu terutamanya Cina dan India? Melihat kepada hinanya DEB dipermainkan dengan tuduhan tidak berasas sesetengah pihak ketika ini, Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata, sesuatu perlu dilakukan terutamanya oleh UMNO dan BN dalam membersihkan semula perjuangan suci DEB yang diperkenalkan sejak zaman Tun Abdul Razak. |
|
Baca lagi...
|
|
Ditulis oleh Utusan Online
|
|
Khamis, 13 November 2008 01:56 |
|
TIADA apa yang menghairankan daripada hasil kajian Jabatan Perangkaan Malaysia yang mendedahkan bahawa sebanyak 301,000 isi rumah orang Melayu memperoleh pendapatan di bawah RM1,000 sebulan. Pendedahan berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) itu hanyalah penegasan berulang bahawa orang Melayu yang merupakan kaum majoriti di negara ini sememangnya jauh ketinggalan daripada sudut ekonomi dengan kaum minoriti lain. Hakikatnya orang Melayu terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar serta segelintir mereka yang menetap di bandar besar, masih ramai tergolong dalam kumpulan di bawah paras kemiskinan. Malah, bukanlah sesuatu yang janggal juga jika dikatakan terdapat orang Melayu yang tidak mempunyai pendapatan tetap, serta hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. |
|
Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 13 November 2008 01:57 |
|
Baca lagi...
|
|
Ditulis oleh Utusan Online
|
|
Khamis, 13 November 2008 01:59 |
|
KENYATAAN Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S. K. Devamany bahawa kaum Melayu adalah kumpulan terbesar penduduk di negara ini yang pendapatannya di bawah RM1,000 cukup untuk menggambarkan kedudukan sebenar orang Melayu di Malaysia. Orang Melayu yang dari sudut penguasaan politiknya amat luas tetapi secara realitinya mempunyai pencapaian ekonomi amat rendah. Justeru boleh saja dibayangkan di paras mana kedudukan ekonomi orang Melayu jika penguasaan politiknya amat kecil atau tiada langsung. Begitu juga di sebalik pelbagai keistimewaan yang diperuntukkan untuk orang Melayu, namun catatan 301,000 isi rumah kaum Melayu memperoleh pendapatan di bawah RM1,000 amat pahit untuk ditelan. Bukankah jumlah sebanyak itu jatuh dalam kategori miskin tegar dan dalam keadaan Malaysia yang sedang pesat membangun masih terdapat lebih 300,000 Melayu dalam kategori itu umpama tidak masuk akal. |
|
Baca lagi...
|
|
|
|
|
|
|
Laman 51 dari 57 |