Login to your account

Username
Password
Remember Me

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Name
Username
Password
Verify password
Email
Verify email

Bidang Ekonomi Utama Nasional - Pemborongan dan Peruncitan

Di mana kita sekarang

Sektor pemborongan dan peruncitan Malaysia (selepas ini akan diringkaskan kepada peruncitan) adalah penyumbang signifikan kepada PNK. Ia menyumbangkan lebih kurang RM57 bilion kepada PNK pada 2009 dan menyediakan sebanyak 500,000 pekerjaan. Untuk mencapai sasaran PNK 2020, peruncitan akan menjadi pemacu utama penggunaan domestik yang seterusnya akan menerajui pertumbuhan ekonomi.

 

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, peruncitan telah mengalami kemerosotan.  Contonhya, Indeks AT Kearney’s Global Retail Development menempatkan sektor peruncitan Malaysia di tempat ke-17 antara 30 ekonomi baru  pada 2010. Ini merupakan penurunan dari tempat ke-10 pada 2009 dan tempat ke-8 pada 2008.

Wawasan untuk masa hadapan

Kami menyasar untuk meningkatkan kepentingan peruncitan sebagai pendorong penggunaan domestik, dengan itu, kami perlu menangani kemerosotan dalam sektor ini. Kami menyasar untuk menggandakan sumbangannya kepada PNK menjelang 2020.

Sasaran dan aspirasi

Kami menyasar NKEA Peruncitan dapat meningkatkan sumbangan PNK sebanyak RM108 bilion untuk mencapai jumlah sumbangan RM165 bilion setiap tahun pada 2020.

 

EPP NKEA Peruncitan akan mewujudkan 370,000 pekerjaan baru sepanjang 10 tahun akan datang. Dari ini, 7,800 adalah jawatan pengurusan kanan, 11,600 pengurusan, 19,000 profesional dan teknikal, 19,000 eksekutif, 37,000 penyelia, 18,000 kerani dan yang lain dalam bahagian pengendalian. Selain daripada ini, peluang-peluang perniagaan akan mewujudkan 225,000 pekerjaan tambahan.

 

Sejumlah 13 EPP telah dibangunkan merentasi lima tema untuk menyampaikan pertumbuhan PNK dalam sektor peruncitan.

 

1Pengembangan kejayaan perniagaan peruncitan yang besar: Kami akan menyokong pengembangan perniagaan peruncitan besar seperti pasar raya besar, kawasan membeli belah dan jalan besar berhias.  Dengan berbuat demikian, kami akan memberi tumpuan khas kepada syarikat peruncitan tempatan besar dalam usaha mereka untuk berkembang di dalam dan luar negara.

 

2Memodenkan perniagaan peruncitan kecil sederhana: Kami akan mengurangkan kesan pengembangan kedai-kedai format besar keatas pengusaha-pengusaha runcit tempatan kecil dan sederhana dengan menyokong transformasi tahap kecekapan dan perkhidmatan mereka. Ini akan merangkumi peruncit kecil (seperti pekedai runcit), peniaga pasaran, bengkel automatif dan pusat makanan.

 

3Memansuhkan duti import untuk menggalak perbelanjaan runcit: Kami akan menjadikan kebanyakan produk-produk peruncitan import bebas cukai, dengan itu,  menjadikannya lebih murah kepada pengguna dan seterusnya meningkatkan penggunaan.

 

4Meransangkan perbelanjaan runcit para pelancong: Kami akan menambahkan inisiatif untuk meningkatkan perbelanjaan pelancong tempatan dan asing bagi barangan dan perkhidmatan. Ini adalah melalui penubuhan tempat peranginan kesihatan, mengadakan jualan tahunan bersepadu dan meningkatkan transformasi KLIA kepada hab peruncitan.

 

5Memperluaskan pendapatan dari peruncitan dalam talian: Kami akan menggalakkan pengembangan peruncitan dalam talian dengan membangunkan platform tempatan. Ini akan membantu peruncit tempatan dalam pengedaran barangan mereka di samping memadankan mereka dengan pencarian pengguna.

Membolehkan pertumbuhan

Jumlah pembiayaan yang diperlukan oleh NKEA Peruncitan adalah RM255 bilion di mana hampir 100 peratus akan dibiayai oleh sektor swasta.

 

Pemboleh-pemboleh awam akan disediakan bagi memudahkan para peruncit menjalankan perniagaan, dan pada masa yang sama, meningkatkan tahap persaingan dan pilihan bagi pengguna. Pemboleh-pemboleh ini adalah dalam bidang-bidang yang dapat meningkatkansumber dan akses pembiayaan, dengan itu melonggarkan lagi sektor peruncitan bagi memudahkan pembangunan dan pengembangannya, di samping mempertingkatkan infrastruktur pengangkutan dan menambahkan modal insan dalam sektor ini.