Login to your account

Username
Password
Remember Me

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Name
Username
Password
Verify password
Email
Verify email

Pengumpulan produk usahawan untuk pameran di Galeri Usahawan

User Rating:  / 0
PoorBest 
PUTRAJAYA 28 Jan - The RIGHTS PMC Berhad ingin menarik perhatian semua usahawan The RIGHTS kepada mesyuarat yang telah di adakan diantara wakil The RIGHTS PMC Berhad dengan wakil di pihak MITI pada 28 Jan 2011 berkenaan dengan usaha memperkasakan Galleri Usahawan MITI di Menara Usahawan Presint 2, Putrajaya. Persetujuan telah dicapai dari pihak MITI terhadap beberapa cadangan yang merupakan agenda penting perbincangan. 

Antara cadangan yang telah di persetujui oleh pihak MITI adalah seperti berikut:

  1. Penubuhan sebuah Pusat Serenti kepada semua usahawan bumiputra DAN menambah nilai dalam usaha melaksanakan pembangunan usahawan SERTA initiatif untuk mengoptimakan penggunaan asset untuk kepentingan usahawan.
  2. Sehubungan dengan itu, usaha sedang dijalankan dengan kerjasama pihak MITI untuk menghimpunkan seramai mungkin para usahawan bumiputera dan sebanyak mungkin produk bumiputera yang berpotensi dibawah satu bumbung dan pihak The Rights PMC Berhad akan bertanggung jawab sepenuhnya dengan kerjasama pihak MITI, mendapatkan pasaran domestic dan antarabangsa dengan penglibatan kami secara aktif dan serius untuk mempromosikan produk-produk tersebut yang bukan sahaja meliputi proses jualan tetapi juga menguruskan dan melaksanakan pelbagai teknik dan strategi dalam menjalankan aktiviti khas yang penting iaitu ”Khidmat Selepas Jualan” yang akan dibentuk untuk menjamin kesinambungan hubungan perniagaan antara usahawan dan pembeli supaya dapat dipelihara untuk selama-lamanya.
  3. The RIGHTS PMC Berhad akan berperanan sebagai pusat rujukan dan menjalankan  operasi setempat bagi ‘Perkhidmatan Selepas Jualan’(After Sales Service) apabila setiap misi perdagangan atau MOU ditandatangani atau pesanan diperolehi. Jadi setiap komunikasi selepas jualan mengenai masalah produk, pesanan lanjutan atau tawaran ganti produk lain yang setara di antara pembekal dan pembeli akan diuruskan oleh The Right di sini yang merupakan ‘centre point’ bagi pihak-pihak tersebut mengajukan semua perkara selepas jualan. Perlu ditekan di sini, faktor Perkhidmatan Selepas Jualan inilah yang masih banyak ruang untuk diperbaiki dan diusaha-jayakan.
  4. Untuk meralisasikan visi tersebut, kami akan mengembeling setiap tenaga terdiri dari modal insan terpilih dan  segala aset fisikal yang tersedia untuk di maksimakan secekap mungkin dengan pendekatan yang berkesan bagi manjana produktiviti yang tinggi melalui saluran perkhidmatan perniagaan kami yang professional untuk menerokai pasaran baru diperingkat antarabangsa dan  tempatan disamping memperluaskan dan memperkukuhkan produk keluaran usahawan bumiputera di pasaran sedia ada.
  5. The RIGHTS PMC Berhad dengan kerjasama pihak MITI akan berkhidmat sebagai badan induk yang mewakili usahawan-usahawan ke promosi produk ke luar negara  dan akan mengambil setiap initiatif pengurusan pemasaran, komunikasi pemasaran dan pelanggan, pembangunan produk,  matlumat produk, dokumen pengekspotan, trading house management, penyimpanan, pengedaran, peruncitan, promosi, merchandising, perkhidmatan pelanggan dan khidmat selepas jualan.

Usahawan-usahawan samada yang telah berdaftar atau belum berdaftar sebagai ahli  The Rights Berhad akan di jemput untuk menghadiri seminar yang akan dianjurkan untuk mendapat matlumat terperinci berkenaan peranan The RIGHTS PMC Berhad dalam usaha membantu pembangunan usahawan bumiputera. Tarikh dan tempat akan di beritahu kelak.

Sempena dengan pembukaan rasmi Menara Usahawan MITI oleh YB Datuk Sri Mustafa Mohamad, Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 17 Feb 2011, yang akan juga melibatkan pembukaan rasmi Galleri Usahawan, kami meminta usahawan yang berkaitan dengan industri berikut menghantar contoh produk masing-masing untuk di pamerkan di galleri tersebut.  Peluang ini adalah terhad dan terbuka kepada 10 usahawan yang mewakili setiap industri:

  1. Kosmetik dan produk kecantikan
  2. Produk kesihatan
  3. Herbal
  4. Household products – sabun2/pinggan mangkuk dll
  5. Ceramic dan porcelain

Produk tersebut hendaklah di hantar terus kepada alamat berikut bersama-sama dengan risalah, pamplet, brochure, catalogue  atau lain-lain matlumat bercetak sebelum 10hb.Februari 2011;

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Level 6, Menara Usahawan
No.18, Persiaran Perdana

Precint 2, 62652 PUTRAJAYA

U/P Tuan Hussein

No. telefon 019 2695201

Produk tersebut akan di pamerkan untuk memenuhi ruang yang terdapat di galleri tersebut dan produk-produk lain akan menyusul kemudian.

Sempena dengan Majlis tersebut The RIGHTS PMC Bhd juga telah mendapat kerjasama dari pihak MITI untuk mengadakan pameran produk usahawan di ruang legar Galleri Usahawan dan akan menyediakan meja-meja pameran untuk memberi peluang kepada usahawan memperkenalkan produk masing-masing melalui promosi dan sampling. Tempat-tempat ini adalah terhad dan bayaran minima akan di kenakan. Produk yang di pamerkan melalui ruang legar ini akan di serapkan ke Galleri Usahawan selepas melalui beberapa proses penilaian oleh sebuah panel.

Sila buat tempahan sebelum 7hb.Februari 2011 dengan menghubungi En. Mohd Anuar Abdul Hamed di talian 012 3275230.