Login to your account

Username
Password
Remember Me

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Name
Username
Password
Verify password
Email
Verify email

Lebih Ramai Siswazah Diperlukan Untuk Ceburi Bidang Usahawan Tani

PETALING JAYA, 18 Feb (Bernama) -- Lebih ramai lepasan universiti diperlukan bagi menceburi bidang pertanian yang mana tahun ini kerajaan menyasar untuk melahirkan 300 orang usahawan pertanian daripada golongan siswazah terutama yang masih belum memperolehi pekerjaan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata sasaran untuk memperolehi seramai 250 orang siswazah menceburi bidang usahawan tani tahun lalu telah tercapai dan jumlah itu perlu ditingkatkan lagi.

Beliau berkata untuk mencapai sasaran tersebut, pendedahan berterusan mengenai keusahawan tani akan diberikan terutama kepada pelajar yang masih belajar di institusi pengajian tinggi.

"Pertanian bukan lagi hanya untuk sara diri, tapi kini ia mampu memberi pulangan besar jika kita bergiat dalam pengeluaran makanan seperti sayuran dan perikanan," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Noh turut mengumumkan tentang langkah untuk menubuhkan Kelab Siswazah Tani pada April ini bagi membuka peluang lebih luas kepada mahasiswa untuk menceburi bidang pertanian.

"Kelab ini akan diuruskan oleh mahasiswa sendiri dengan kursus akan diberikan oleh pihak kami (kementerian) kepada mereka supaya selepas tamat pengajian, mereka sudah bersedia untuk diberi dana bagi memulakan usaha tani mereka," katanya.

Beliau hari ini melancarkan program televisyen bertajuk Agro-Xplorasi hasil usahasama kementerian tersebut dengan syarikat televisyen swasta TV3.

Ia mengetengahkan tiga pengacara muda iaitu Annahita Bakavoli, Nazruddin Habibur Rahman atau Abang Naz dan Danny X-Factor untuk menjadi hos kepada program tersebut yang akan mula ditayangkan di TV3 pada 26 Feb ini pada pukul 7.30 malam setiap Sabtu.

"Kita akan tayang sebanyak 10 episod yang mana program ini akan menceritakan lebih dekat tentang usaha dan cabaran usahawan tani di Semenanjung Malaysia.

Pengacaranya akan turut merasai pengalaman menjadi petani," kata Noh.


-- BERNAMA