Login to your account

Username
Password
Remember Me

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Name
Username
Password
Verify password
Email
Verify email

Usahawan Pengusaha Kedai Runcit dan Pasar Mini Bumiputera Kritikal

User Rating:  / 1
PoorBest 

KUALA LUMPUR 7 Jun - The RIGHTS telah dihubungi oleh seorang usahawan runcit di Kuala Lumpur yang ingin berkongsi maklumat dan memohon bantuan penyelesaian yang dia kini sedang menghadapi masalah yang sangat besar dan jika tidak dibantu membolehkan semua harta dan perniagaannya serta keluarganya boleh menjadi porak peranda.

Presiden The RIGHTS, Ketua Eksekutif The RIGHTS PMC dan Ketua Eksekutif The RIGHTS (Putrajaya) telah hadir ke lokasi perniagaan beliau pada jam 03.00 petang.

Setelah sampai, usahawan yang digelar Haji dengan ramah telah menyambut kami dan dari riak mukanya, kami dapat mengagak bahawa dia serba salah dan mungkin rasa malu untuk menceritakan keadaaan dan situasi dia sebenarnya.

Mula sampai di premis perniagaan beliau, daripada luarnya kami agak kagum kerana walaupun kedainya sebahagiannya daripada kayu, kehadiran pelanggan yang tidak berhenti-henti memberitahu bahawa perniagaan Haji ini boleh dikatakan maju kerana kedai Haji ini menjual barangan harga borong dan runcit dan bila kami di bawa masuk melawat keseluruhan kedai dan kami mula nampak beberapa kelemahan, namun kami hanya melihat antara satu dengan yang lain.

Kami dijemput untuk masuk ke ruang pejabat, di tingkat untuk sesi perbincangan.

Beliau menyatakan bahawa dia sedang sakit kerana baru sahaja dibedah untuk membuang hempedu dan keadaan kesihatan beliau kami lihat sangat lemah.  Perbincangan telah disertai oleh isteri dan adik perempuan beliau yang selama ini membantunya di dalam kedai.

Kami dimaklumkan bahawa beliau telah meniaga runcit lebih daripada 20 tahun, dan dahulunya beliau mempunyai 3 kedai seperti yang ada ini, namun semuanya terpaksa ditutup dan kerana perniagaannya semakin lama semakin merugikan.

Apa yang paling menggusarkan beliau, beliau telah dikenakan cukai pendapatan RM200,000 dan beliau telahpun membayarnya secara beransur-ansur dan 2 lagi kedai runcitnya terpaksa ditutup kerana tidak mampu menampung cukai pendapatan yang terpaksa di bayar.

Sehingga kini walaupun sudah lebih 2 tahun RM200,000 tersebut masih belum langsai dan baru-baru ini LHDN telah datang lagi nak mengarahkan beliau membayar lebih daripada RM 2 juta bagi tahun 2006, 2007 dan 2008.

Bila mendapat surat tersebut, isteri beliau yang ketika itu yang sedang sakit darah tinggi terus pengsan manakala beliau dimasukkan ke hospital kemudiannya diikuti dengan pembedahan sehinggalah kehari ini.  Beliau telah tidak tahu apa yang harus dibuatnya, sebab harta yang ada rumah dan kedai telahpun dipajakkan ke bank untuk menambah dana untuk perniagaan manakala hutang daripada pembekal lebih RM700,000.

Kami telah cuba membantu beliau untuk melihat semula aktiviti perniagaan dan kami telah diberi kebenaran untuk melihat transaksi perniagaan dan daripada itu mendapati bahawa Haji ini berniagaan pada kadar RUGI SETIAP BULAN.

Antara kelemahan yang didapati daripada perniagaan beliau adalah:

Beliau menggunakan sistem e-pos, namun tidak digunakannya sepenuh-penuhnya.  Beliau hanya menggunakan e-pos sistem bagi aktiviti jualan sahaja, bila dilihat stok dalam sistem semuanya barangannya tidak ada.

Beliau sendiri tidak tahu berapa stok yang ada, dan para pembekal hanya menyumbat barangan tanpa merujuk kepada stok yang ada kerana beliau sendiri tidak tahu sama ada barangan yang dihantar perlu atau tidak.

Polisi pembekal menghantar barang yang tamat tempoh tidak diikuti sepenuhnya.  Polisi pembekal, produk yang akan tamat tempoh 3 minggu hingga 3 bulan (bergantung kepada pembekal) boleh dipulangkan balik dan diganti dengan yang baru, jika tarikh luput melepasi waktu itu, pembekal menganggap barangan tersebut telah terjual dan pekedai dikehendaki membayar.  Menyebabkan lebih RM100,000 nilai barangan yang terpaksa dibuang kerana telah tamat tempoh.

Di dalam kedai ini juga ada tempat memasak, dan mendapati, pekerja sewenang-wenangnya mengambil barangan seperti beras, minyak, ikan dan sayur untuk memasak untuk mereka makan.

Barangan (stok) tidak disusun mengikut bahagian-bahagian tertentu menyebabkan pekerja tidak dapat mencari produk kerana tidak disusun mengikut keperluan dan semua pekerja boleh mendapatkannya.

Kedai ini mempunyai jualan melebihi RM500,000 sebulan, namun keuntungan kasarnya sekitar RM40,000 ke RM45,000 namun perbelanjaan mengurus sekitar RM45,000 sebulan, ini bermakna beliau berniaga pada kadar KERUGIAN setiap bulan tanpa beliau sedar dan ini telahpun berlaku sejak 20 tahun perniagan beliau.

Antara sebab yang beliau dikenakan cukai pendapatan melebihi RM 2 juta adalah kerana, sistem e-pos beliau hanya merekodkan aliran wang masuk tetapi tidak merekodkan aliran wang keluar dan ini menyebabkan perniagaan kedai runcit ini tidak pernah rugi menyebabkan beliau dikenakan cukai sebegitu rupa.

Akhir The RIGHTS telah diberi peranan untuk mengstruktur semua perniagaan tersebut dan The RIGHTS PMC dan The RIGHTS (Putrajaya) diberi tanggungjawab oleh beliau untuk menstruktur semula semua hutang piutang, perniagaannya serta membantu menyelesaikan masalah dengan cukai pendapatan.

The RIGHTS (Putrajaya) akan menguruskan akaun perniagaan beliau, manakala The RIGHTS PMC akan menstruktur semula perniagaan serta memberikan imej baru serta menggunakan sepenuhnya sistem yang ada serta membuat beberapa penambah baik bagi membantu supaya perniagaan ini boleh diteruskan.

The RIGHTS berpendapat bahawa masih ramai lagi usahawan runcit yang sedang menghadapi masalah seperti ini namun tidak banyak yang berani tampil untuk membuat perubahan.  The RIGHTS juga akan cuba membantu usahawan runcit untuk mendapatkan tambahan modal bagi penyediaan prasarana seperti sistem e-pos, bekalan produk, imej, pengiklanan dan promosi dan sebagainya.

Jika ada usahawan runcit yang ingin mendapatkan khidmat nasihat The RIGHTS di minta untuk menghubungi kami di 03-8888 0030 atau melalui email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan bercakap dengan En. Anuar Abdul Hamed.