Login to your account

Username
Password
Remember Me

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Name
Username
Password
Verify password
Email
Verify email

Seminar Usahawan, Peluang Perniagaan dan Pembiayaan Berjaya dilaksanakan

User Rating:  / 0
PoorBest 

PUTRAJAYA 26 Jun - The RIGHTS telah berjaya menganjurkan seminar berbentuk peluang perniagaan dan pembiayaan yang julung kalinya diadakan di Menara Usahawan, Putrajaya.

Lebih 170 peserta telah hadir dan 6 peluang perniagaan telah ditawarkan kepada peserta seminar.  Seminar ini berkonsepkan temu suai perniagaan dimana usahawan-usahawan yang telah dikenalpasti telah menjalankan perniagaan, menawarkan peluang-peluang kepada bakal-bakal usahawan sepertimana yang pernah diadakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) melalui Gerak Usahawan pada satu ketika dulu.

Antara peluang perniagaan yang telah ditawarkan adalah Penternakan Ayam Kampung dan Kiosk Nasi Lemak Kukus dan Ayam Kampung Berempah, The RIGHTS (Terengganu) Berhad, RightShoppe Kedai Serbanika Halal (Kedai Rakyat), The RIGHTS Berhad, Penanaman Cendawan, Kiosk dan Bistro Cendawan oleh The RIGHTS (Petaling Utama) Berhad, O-Yeah Ice-Blended Kiosk oleh The RIGHTS PMC Berhad, Pengilangan Kontrak oleh TPM Bioteknologi dan Akademi Bola Sepak oleh The RIGHTS (Kapar) Berhad.  Manakala pembiayaan telah disampaikan oleh Agro Bank manakala Bank Simpanan Nasional (BSN) tidak dapat hadir pada saat akhir kerana ada masalah tertentu.

Peserta yang pada mulanya dijangka sekitar 50 orang sahaja, namun telah meningkat begitu ketara menyebabkan lokasi seminar terpaksa ditukar ke Dewan Serbaguna, Menara Usahawan di Putrajaya.  The RIGHTS juga merasa bangga dan berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Perdana Menteri yang telah memberi guna dewan serta audio sistem di dewan berkenaan, manakala Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI - Putrajaya) telah membantu menyediakan kerusi serta makan tengahari kepada semua peserta yang hadir.

The RIGHTS juga mengucapkan terima kasih kepada Dr. Soraya yang telah berusaha membawa 9 peserta daripada Negeri Perlis.

Berdasarkan kepada permintaan yang begitu tinggi daripada usahawan-usahawan, The RIGHTS telah bercadang untuk menganjurkan program seperti ini di seluruh negara dan Program Pelancarannya akan diadakan waktu terdekat ini yangmana program dijangka diadakan selama 2 hari berdasarkan kepada pengalaman di atas penganjuran yang pertama tersebut.

Program 2 hari ini akan diisi selain daripada taklimat / ceramah oleh usahawan, ia juga akan diisi dengan pameran oleh usahawan-usahawan yang ingin menawarkan peluang perniagaan kepada bakal-bakal usahawan.  Program juga akan diisi dengan temusuai perniagaan dan aktiviti ini dijangka akan mengambil masa menyebabkan program ini harus dilaksanakan selama 2 hari.

Mana-mana usahawan yang ingin menawarkan peluang perniagaan, sila hubungi The RIGHTS melalui telefon 03-8888 0030 atau email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. untuk The RIGHTS menilai peluang perniagaan yang ingin ditawarkan mempunyai nilai komersil untuk diusahakan oleh bakal-bakal usahawan.