Berita
Login
Siapa Online
Kami ada 9 pelawat onlinePengunjung






![]() | Today | 245 |
![]() | Yesterday | 284 |
![]() | This week | 2489 |
![]() | This month | 1810 |
![]() | All | 213901 |
Katalog Produk
Informasi
| The RIGHTS - UTM mulakan perbincangan awal mengenai kerjasama pembangunan usahawan |
|
|
|
| Ditulis oleh Administrator |
| Selasa, 27 Julai 2010 04:43 |
|
SKUDAI, JOHOR 26 Jul - The RIGHTS dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini telah mengadakan perbincangan awal mengenai kerjasama dua hala bagi program pembangunan usahawan dalam bidang-bidang berteknologi tinggi. Deligasi The RIGHTS telah diketuai oleh YBhg En. Haris Fadzlah Mat Ali bersama YBhg En. Shahuzairi Abd Hamid, Ketua Eksekutif The RIGHTS Multimedia Berhad, YBhg Puan Maria Arsat, Ketua Eksekutif The RIGHTS (Johor) Berhad dan beberapa Ahli Lembaga Pengarah (ALP) The RIGHTS (Johor) Berhad. Manakala UTM telah diketuai oleh YBhg Dr. Kamariah Ismail, Timbalan Pengarah (Komersil) Innovation and Commercialization Centre (ICC) - UTM dan beberapa kakitangan UTM, YBhg Azlin Abd Jamil, Pengurus Keusahawanan, Lt.M Mu'Ammar Sirajuddin Ibrahim, Eksekutif (Komersil), En. Rushdi Md Saad Eksekutif Pembangunan Perniagaan.
ICC merupakan pintu masuk ke UTM dan merupakan bahagian yang akan mengendalikan serta melaksanakan pemasaran hasil daripada R & D yang telah dihasilkan daripada lebih kurang 12 fakulti dan fakulti-fakultinya seperti Nanotechnology, Social Studies, Health Sciences, Physics, Transportation, Advanced Material, Constuction & Infrastructure Technologies, Energy, Electrical / Electronic, Chemical & Biotechnology dan Information & Communication Technology. Berpuluh produk yang telah dihasilkan dan sedia untuk diambil oleh usahawan-usahawan untuk dikomersilkan. UTM dan The RIGHTS juga sedang cuba mengenalpasti bidang-bidang serta teknologi baru yang boleh memberikan impak kepada industri dan komuniti. Malaysia menuju ke negara berpendapatan tinggi dan sudah tiba masanya usahawan Bumiputera menerima teknologi bagi meningkatkan daya pengeluaran, kapasiti dan kualiti supaya produk atau perkhidmatan yang dihasilkan berdaya saing di dalam dan luar negara. UTM sebagai sebuah Pusat Pengajian Tinggi akan mampu menjadi kumpulan pemikir selain mampu membantu usahawan dalam mengembangkan perniagaan mereka. Universiti dan Industri mesti berjalan seiring demi mencapai cita-cita negara untuk menjadi negara maju pada tahun 2020. The RIGHTS berharap akan menjadi jambatan penghubung antara industri dan universiti. Sebelum ini dua entiti ini sering bertelagah pendapat dan pandangan menyebabkan masing-masing meletakkan persepsi yang salah. Ini berlaku disebabkan sikap tutup pintu kerana mungkin kerana masing-masing percaya bahawa tanpa kerjasama seperti ini juga mampu membawa mereka ke mercu kejayaan. Namun senario kini telah berubah, dan semua pihak (industri dan universiti) mesti duduk semeja dalam situasi menang-menang kerana setiap entiti mempunyai peranan bagi kemajuan negara. Diharap lebih banyak pusat-pusat pengajian tinggi mengamalkan pintu terbuka, manakala usahawan juga harus membuka fikiran dan minda untuk duduk semeja berbincang, merancang dan melaksanakan apa sahaja agenda bagi pembangunan negara. |
| Terakhir Dikemaskini pada Selasa, 27 Julai 2010 06:29 |









